Ini Cara Setting Adsense Untuk CPC Tinggi. Buat Duit Dengan Google



Entry kali ini, saya nak kongsi kepada anda, tips dan cara bagaimana nak setting adsense untuk CPC tinggi. So post kali ini hanya untuk yang telah memiliki akaun Google Adsense.

Bagi anda yang masih tak tahu, Google Adsense adalah salah satu platform terbaik untuk jana duit online free melalui Google dan Youtube.

Bagaimana nak buat duit melalui Google Adsense?


Mesti itu persoalan anda bukan? So, jika anda memiliki website, blog atau channel Youtube, anda sebenarnya boleh jadikan website, blog atau channel Youtube anda ini sebagai platform untuk jana pendapatan tambahan melalui Google. 

So, apa yang perlu anda buat untuk dapatkan duit dari Google adalah dengan menyertai program Google Adsense. Anda boleh daftar akaun Google Adsense secara percuma. 

So untuk menjadikan website atau blog anda sebagai mesin duit ATM online, ini yang perlu anda lakukan. 

Login ke akaun Google Adsense anda. Next, copy code google adsense pada akaun Google Adsense anda dan paste code tersebut di HTML website atau blog anda.

Iklan dari Google akan muncul pada website atau blog anda. So, apabila pelawat blog anda melihat iklan tersebut dan klik iklan pada website atau blog anda, anda akan dapat bayaran dalam USD hasil daripada klik tersebut. Bayaran 4 Kali nilai dalam Ringgit Malaysia!

Jika anda menggunakan Youtube, anda boleh aktifkan mode Monetization pada channel youtube anda untuk mendapatkan duit dari Google. 



Apabila setting Monetization pada channel Youtube anda diaktifkan setiap video yang anda muat naik di Youtube akan Google letakkan iklan. Sebenarnya iklan inilah sumber pendapatan utama para youtuber. So, apabila orang tonton video dan dan klik Skip Ads pada video anda, anda dapat bayaran USD hasil daripada klik tersebut... Simple & Easy... So, begitu cara youtuber jana duit melalui Google... bayaran dalam USD iaitu 4 kali ganda nilai tukaran ke duit Ringgit Malaysia!! 

Bayaran yang anda terima daripada Google bergantung pada CPC iklan yang dipaparkan pada website atau channel Youtube anda...

Semakin tinggi CPC pada akaun Adsense anda, semakin tinggi pendapatan yang anda dapat. Buat duit dengan Google semudah ABC...

So, begitu cara bagaimana blogger dan youtuber jana pendapatan mereka melalui Google Adsense... 

Mungkin anda tertanya-tanya apakah itu CPC?

Bagi anda yang masih tak tahu lagi. CPC adalah singkatan bagi Cost Per Click, dimana ini adalah jumlah bayaran yang pengiklan sanggup bayar bagi setiap klik bagi iklan yang mereka iklankan. Contohnya $0.20 USD untuk per klik iklan. 

So, jika CPC iklan pada blog atau channel Youtube anda tinggi, pastinya ini merupakan lubuk duit US Dollar yang sangat lumayan... 

Bayangkan jika harga per klik iklan yang dipaparkan di blog atau channel Youtube anda bernilai $0.50 US Dollar. 

Untuk setiap klik iklan anda akan jana pendapatan sebanyak $0.50 USD. Jika purata sehari anda mendapat 100 klik, dalam sehari sahaja anda sudah boleh jana pendapatan pasif sekitar $50.00 USD, so jika CPC anda konsisten dalam sebulan anda boleh dapat $1500 USD!! atau dalam Ringgit Malaysia sebanyak RM6000.00! Amat lumayan BUKAN ;-)

CPC iklan yang tinggi juga bermaksud income yang tinggi..

So, sebab itu, anda perlu tahu bagaimana nak setting CPC akaun adsense anda untuk dapatkan iklan yang tinggi nilai CPCnya... di website atau channel Youtube anda...


So begini cara setting Adsense untuk dapatkan CPC adsense yang tinggi..

Login ke akaun Adsense anda. Next tekan Optimization dan pilih Experiments dan seterusnya tekan Ad Balance.
Experiments pada Ad balance sebenarnya dapat membantu anda meningkatkan revenue Adsense dengan mengubah beberapa setting pada Ad balance. Ramai orang masih tak tahu...

Dengan mengubah Ad fill rate pada Experiment setting, anda boleh meningkatkan nilai CPC adsense anda.

Setting yang terbaik adalah dengan mengubah angka 100% pada Ad fill rate kepada 50%-65%. Dengan menurunkan Ad fill rate kepada 50%-65%, anda sebenarnya memberi ruang kepada iklan-iklan yang berkaitan dengan niche atau topik anda untuk dipaparkan pada website atau channel Youtube anda.

So, ini merupakan screenshots CPC pada akaun Adsense saya. Selepas mengubah Ad fill rate dari 100% ke 50%, saya mula mendapat CPC adsense yang tinggi... CPC meningkat dari $0.20USD ke $1.11 USD!!!

Kalau anda nak jana pendapatan pasif setiap bulan, inilah cara yang paling mudah. Mulakan perjalanan anda buat duit dengan Google Adsense, pastinya ini boleh bantu sesiapa sahaja yang nak jana pendapatan pasif online.


Catat Ulasan

0 Ulasan