Cara Daftar Akaun PayPal 2019 - Untuk Beginner

Cara Mendaftar Akaun PayPal Di Malaysia. Step by Step Tutorial. 


Cara mendaftar akaun paypal memang senang dan mudah. Malah semua orang pun boleh melakukan ini. Caranya sangat simple dan mudah sahaja sama seperti cara anda mendaftar akaun Facebook anda.

Tapi sebelum itu, untuk pengetahuan anda pendaftaran akaun PayPal memerlukan alamat email anda yang sah.

Pastikan anda sudah memiliki alamat email untuk tujuan pendaftaran. Alamat email ini akan anda gunakan untuk sign in atau log masuk ke akaun PayPal anda kelak, oleh itu pastikan anda ingat alamat email yang anda gunakan.



Apa itu PayPal?

PayPal adalah dompet online anda atau juga dikenali sebagai e-wallet dimana ia membolehkan anda untuk menyimpan duit secara dalam talian atau untuk tujuan membeli belah secara online yang menggunakan  PayPal sebagai platform pembayaran.


Bagaimana cara mendaftar akaun PayPal?



Dibawah adalah 8 langkah-langkah untuk mendaftar akaun PayPal anda. 


Langkah 1: 
Taip "paypal" pada Google search engine. Anda akan dapat melihat page PayPal seperti pada gambar di bawah. Klik pada link tersebut untuk ke laman utama PayPal. Atau anda juga boleh terus ke laman utama PayPal di www.paypal.com


Pendaftaran PayPal adalah percuma. Tekan butang Sign Up untuk daftar akaun PayPal anda. 


Anda juga boleh daftar akaun PayPal anda melalui smartphone dengan memuat turun aplikasi PayPal app di Apps store.




Langkah 2: Jika anda belum memiliki akaun PayPal Klik pada butang "Sign Up Now" di laman utama PayPal untuk mendaftar seperti yang anda dapat lihat pada gambar diatas.


Langkah 3: Pilih option "Buy with PayPal"


Langkah 4: Masukkan butiran-butiran yang diminta seperti nama penuh anda, alamat email dan password anda.





Langkah 5: Masukkan alamat tempat tinggal anda mengikut alamat pada kad pengenalan anda, nombor kad pengenalan anda, negeri, tempat lahir dan nombor telefon anda.
Langkah 6: Tandakan kotak "Activate One Touch" dan "I Confirm......." dan seterusnya klik "Agree and Create Account"

Langkah 7: Periksa email anda untuk pengaktifan akaun anda. Klik pada link yang telah dihantar oleh PayPal untuk mengaktifkan akaun PayPal anda.


Langkah 8: Login ke akaun PayPal anda dengan menggunakan alamat email yang anda gunakan tadi untuk daftar akaun PayPal anda dan masukkan juga password anda.


Tahniah anda kini sudah mempunyai akaun PayPal.



cara buat paypal, cara daftar paypal malaysia, cara guna paypal, paypal bahasa melayu

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Pasal nama given name, middle name and surname. Mcm mana nak isi ya . Sebb kalau ad ralat transaction dibekukan :'(

    BalasPadam
  2. Yang given name, middle name, dan surname tu macam mana ye? Boleh bagi contoh?

    BalasPadam
  3. Yang bahagian given name, middle name and surname tu mcm mana ye nk isi? Boleh bagi contoh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Contoh Given name: Ali Baba
      Contoh Middle name Bin
      Contoh Surname Abu

      Jika anda tiada middle name kosongkan saja dan isi surname untuk nama ayah.

      Padam
  4. Duit dari paypal akan masuk ke bank akaun yg diberi ke? Nak kena bagi info yg mana pada customer yg nak transfer duit kepada kita?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila anda cashout, duit dari akaun PayPal anda akan masuk ke akaun bank yang anda link dengan PayPal, biasanya anda akan menerima duit tersebut ke akaun bank anda dalam masa 2-5 hari waktu bekerja tidak termasuk hujung minggu. Untuk customer yang nak transfer duit ke akaun PayPal anda, info yang anda perlu bagi hanya alamat email paypal anda sahaja.

      Padam
  5. thanks infonya gan! bisa mampir ke artikel tentang panduan lengkap paypal jika berkenan

    BalasPadam
  6. Kalau tersalah isi nama pendek(nama panggilan) dan bukan nama panjang(full name macam dlm IC) macam mana nak betulkan balik?

    BalasPadam
  7. Bank ape yg boleh link know dngn PayPal yea

    BalasPadam
  8. Macam mana nak isi duit dalam paypal? Saya dpt info yg paypal dah ttup kat malaysia. So isi duit guna apa?

    BalasPadam
  9. Kalau yg x de akaun bank plk mcm mne?

    BalasPadam
  10. Untuk company camna ye nak buat acc PayPal?

    BalasPadam
  11. Kenape saya buat password tak lepas.. Boleh bagi contoh password tak?

    BalasPadam