Cara Verify Akaun PayPal 2019 Di Malaysia| How To Verify Your PayPal Account


Bagaimana CARA Nak Verify Akaun PayPal Di Malaysia?


Anda mesti sampai di blog post ini sebab nak tahu bagaimana cara nak verify akaun PayPal anda bukan?

Bagi anda yang ada menyertai program ganjaran duit USD online seperti website ySense dan TimeBucks, pasti anda sudah sedia maklum bahawa, semua pembayaran ke bank anda adalah melalui akaun PayPal yang telah menjalani proses verification. Dengan erti kata lain, akaun PayPal anda mestilah verify sebelum anda boleh menerima duit daripada website ganjaran online seperti ySense dan TimeBucks ke akaun bank anda.





Ramai yang bertanya bagaimana nak verify akaun PayPal? Anda juga mungkin masih tertanya-tanya bagaimana nak verify akaun Paypal anda bukan?

So, post kali ini saya akan terangkan serba ringkas bagaimana cara mudah nak verify akaun PayPal anda. Jika anda ada sebarang pertanyaan anda boleh beri komen anda pada ruangan komen dibawah.

Macam mana nak verify akaun Paypal??

So, Begini Cara Betul Verify Akaun PayPal Anda.

Langkah pertama, login ke akaun PayPal anda dan link akaun PayPal anda dengan bank yang anda gunakan untuk terima pembayaran. Semua jenis bank di Malaysia boleh anda gunakan untuk link  dengan akaun PayPal anda, seperti CIMB bank, Maybank, RHB, Public bank dan bank-bank lain.
Link bank anda dengan PayPal. Masukkan nama bank dan nombor akaun bank seperti pada gambar di atas.
OK, selesai step diatas, langkah seterusnya link debit card anda dengan akaun PayPal anda. Langkah ini adalah 100% WAJIB untuk proses verification akaun PayPal anda! 

PENTING: PayPal akan mengenakan cas perkhidmatan sebanyak RM10.00 untuk proses verification. RM10.00 ini akan ditolak melalui akaun debit card anda, tapi fees RM10 ini akan direfund masuk ke akaun bank anda 2-5 hari selepas akaun PayPal anda sudah verified. So, anda tak perlu risau tentang fees ini, sebab anda sebenarnya boleh dapatkan balik duit anda di akaun bank anda. 



So, untuk verify akaun PayPal anda, anda boleh gunakan 16 digit nombor pada kad debit ATM bank anda. Contoh kad ATM CIMB, Maybank dan lain-lain.

Jika anda tidak memiliki kad debit, anda sebenarnya boleh gunakan virtual debit card daripada Maybank. Anda boleh install aplikasi MAE Maybank pada telefon pintar anda untuk dapatkan virtual card debit anda. Virtual card debit Maybank ini juga boleh anda gunakan untuk verify akaun PayPal anda. Tapi jangan lupa untuk topup RM10 ke virtual debit card anda untuk tujuan cas perkhidmatan verifikasi daripada PayPal.


Link debit card anda untuk verify akaun PayPal anda..
Selesai mengisi butiran-butiran seperti pada gambar diatas, langkah seterusnya anda perlu confirm card anda dengan menekan butang get a code, anda akan nampak seperti pada gambar dibawah.
Tekan get a code untuk menerima 4 Digit Pengesahan daripada PayPal.
Langkah terakhir, masukkan 4 digit verification daripada PayPal yang dikirim melalui SMS ke nombor telefon anda atau anda boleh periksa menggunakan portal bank online anda seperti CIMB Clicks, Maybank2u dan lain-lain.


So, ini merupakan contoh 4 digit verification yang saya terima daripada PayPal pada akaun Maybank2u online saya.

Untuk melengkapkan proses verification, login ke akaun PayPal anda dan confirm card debit anda dengan memasukkan 4 digit yang anda terima seperti dalam gambar diatas.

TAHNIAH! akaun PayPal anda kini sudah verify, kini anda boleh menerima pembayaran duit ke akaun bank anda tanpa sekatan.

Cara Mengetahui Jika Akaun PayPal anda Sudah Verify atau Belum.


Langkah pertama, login ke akaun PayPal anda.
Next, pada akaun PayPal anda, cari dan tekan butang Help seperti dalam gambar dibawah.

Pada search box taip "verify" dan pilih topik "how do i verify my PayPal account" seperti yang dapat anda lihat pada gambar dibawah.

Langkah seterusnya, tekan link berwarna merah (verify your PayPal account) seperti dalam gambar dibawah.


So, jika akaun paypal anda sudah verify anda akan dapat lihat seperti dalam gambar.





Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. macam mana kita nak tukarkan kepada bank yang ada dekat malaysia ?

    BalasPadam
  2. Saya gunakan no u mobile 11 digit. Saya ada masalah code verifikasi tidak dihantar di no sye. Bole tolong bahas masalah ni. Mungkinkah sbb no sye 11 digit lain dri no telekomunikasi lain yg 10 digit sahaja. Bole bahas panjang masalah code verification tidak send kat paypal.

    BalasPadam
  3. macam mana nk link paypal ke ysense?

    BalasPadam