Buat Duit Melalui FOREX 2024 - Bagaimana Jadi Trader Forex Yang Berjaya

Belajar Forex Trading 2024 - Bagaimana Jadi Trader Forex Yang Berjaya?



 Nak Buat Duit Dengan Forex? Tapi Tak Tahu Bagaimana Caranya?


Macam mana nak buat duit online dengan Forex trading. Tentu itu soalan pertama yang anda tertanya-tanya bila anda baca post ini kan?

Ok anda mesti sampai ke page ini kerana mencari bagaimana cara nak buat duit online dengan forex bukan? Sebelum anda tahu apa itu forex, saya akan terangkan serba sedikit maksud forex agar anda faham bagaimana cara forex trading.




Apa itu Forex?


Forex adalah singkatan bagi Foreign Exchange atau tukaran mata wang asing. Matawang bagi setiap negara adalah berbeza, jadi di sinilah timbulnya keperluan untuk sesebuah pasaran untuk menjual beli matawang asing.

Apa pula forex trading? Forex trading adalah aktiviti perniagaan tukar beli matawang. Maksudnya kita berdagang matawang, untuk tujuan mendapatkan keuntungan.


Bagaimana cara menjana pendapatan melalui Forex...

Untuk menjana pendapatan daripada forex, anda perlu beli matawang pada harga rendah dan jual semula pada harga yang tinggi BUY, atau jual matawang pada harga yang tinggi kemudian beli semula pada harga yang rendah SELL.

Dalam forex hanya ada anda dan market. Itu sahaja!

Tidak wujud istilah cari downline, klien, pelanggan, jual barang dan sebagainya. Ia sangat-sangat sesuai jika anda sedang mencari pendapatan tambahan di zaman kos sara hidup tinggi seperti sekarang.



Bagaimana Trading Forex?


Untuk trade anda hanya perlukan komputer, smartphone atau tablet dan internet!

Kalau anda nak cari pendapatan sampingan melalui cari lain, ia tentu memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang yang lebih besar.

Dengan teknik yang betul, sesiapa sahaja mampu menjana pendapatan dengan FOREX.  Tapi korang kena ada ilmu dalam FOREX ya.

Adakah anda masih begginer dalam FOREX Trading? Jangan risau anda boleh mempelajari lebih lanjut disini. 

Ramai orang takut rugi besar bila trade forex...


Jangan risau! anda boleh berlatih menggunakan demo account (duit virtual) terlebih dahulu sebelum menggunakan real account (duit sebenar).

Jika anda sudah kuasai demo account, barulah trade menggunakan duit sebenar.

Gunakan modal kecil dahulu (contoh $20 atau RM80). Kalau anda boleh berjaya dengan modal kecil, tentu anda tiada masalah untuk berjaya dengan modal lebih besar.

Semua urusniaga adalah online.



Cara buat duit dengan Forex


Online forex trading boleh dilakukan dimana-mana sahaja mengikut keselesaan anda selagi ada komputer atau smartphone dan sambungan internet. Seronok kan menjana pendapatan ribuan ringgit sehari tanpa perlu ke mana-mana?

Untuk trade forex, anda perlu memasukkan modal pelaburan ke dalam broker forex pilihan anda terlebih dahulu melalui kad kerdit, online banking atau wire transfer.

Modal anda akan ditukarkan kepada matawang USD kemudian, dengan menggunakkan aplikasi broker forex anda, anda sudah boleh trade.

Ada banyak matawang yang anda boleh Buy/Sell seperti EUR GBP, JPY ,AUD dan lain-lain.

Pendek kata forex nie boleh trade melalui platformnya dari apa-apa sahaja gadget yang mempunyai internet.

Tetapi, untuk lebih praktikal, kebiasaannya ramai trader menggunakan komputer iaitu PC atau Laptop untuk lebih mudah membuat analisa, membaca pergerakan naik turun harga.
Anda juga bleh juga trade guna smartphone, masuk order guna smartphone. Tetapi, biasa orang guna smartphone untuk monitor sahaja sebab mungkin kita sedang ada urusan diluar, jadi senang kita nak rujuk tengok-tengok chart secara mobile.

Platform yang biasa dan paling popular digunakan ialah MT4 keluaran MetaTrader. Kebanyakan broker forex menggunakan platform ini. Jadi platform inilah anda perlu install di PC/Laptop dan kalau ada smartphones, boleh juga install.

Platform MT4 adalah seperti pada gambar dibawah. Anda boleh download dan install secara percuma sahaja.



Jadi dengan hanya ada komputer (pc/laptop) atau smartphones dan line internet, bermaksud anda sudah boleh memulakan bisnes forex trading anda

Setelah anda trade, profit akan ditambah kepada modal anda manakala loss akan ditolak daripada modal anda.

Dah dapat profit banyak, bolehlah withdraw ke akaun bank anda.



Apa persepsi kebanyakan orang di luar sana tentang forex..

Persepsi kebanyakan orang di luar sana ialah forex ni skim cepat kaya atau 4D duduk diam dapat duit. Itu adalah persepsi yang salah sama sekali!

Sebenarnya forex ini kena trade sendiri, bukan bagi duit pada orang lepas itu dia tolong trade. Itu skim pelaburan tidak sah yang besar kemungkinan adalah scam.


Sekarang terlalu banyak skim penipuan yang menggunakan nama forex. Itu tak termasuk lagi mereka yang jual software/robot forex entah apa-apa untuk kaut duit mudah.

Broker pun bukan semuanya boleh dipercayai.



Waktu Trading Forex

Pasaran Forex Trading dibuka 24 jam sehari, 5 hari seminggu (Isnin-Jumaat). Setiap negara mempunyai waktu pasaran yang berbeza-beza.

Hari Sabtu dan Ahad adalah Market Close bagi semua pasaran, dan Public Holiday bagi sesebuah negara tidak akan mengakibatkan pasaran forex ditutup. Walaubagaimanapun, volume atau jumlah dagangan pada hari Public Holiday adalah lebih kecil berbanding hari biasa.



Apa kebaikan forex berbanding perniagaan yang lain..

➧Tidak perlu bersusah-payah jual barang, cari downline atau pelanggan..
➧Tidak perlu menurut arahan bos atau menguruskan pekerja..
➧Sangat mudah dan menjimatkan masa. Hanya perlu klik-klik sahaja..
➧Boleh dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, 24jam sehari 5 hari seminggu, selagi ada komputer/gadget dan sambungan internet..



Betul ke forex boleh menjadikan kita kaya?

Sudah tentu boleh. Anda hanya perlu kuasai 3 elemen ini teknik yang mampu menjana untung maksimum dengan risiko minimum pengurusan kewangan yang betul serta diikuti dengan penuh berdisiplin ketahanan mental emosi yang kuat, rajin berusaha dan sentiasa memperbaiki kesilapan.

Forex tidak memerlukan masa yang banyak apabila anda sudah mahir, tetapi pulangannya sangat lumayan berbanding dengan bekerja kuat sepanjang hari. Untuk sampai ke tahap mahir, tentulah ia menuntut pengorbanan, masa, tenaga dan wang. Tetapi percayalah, ia sememangnya berbaloi.


Anda boleh dapatkan panduan lengkap FOREX disini.

Catat Ulasan

0 Ulasan