cara bank in duit online
Cara Bank In Duit Online - Transfer Duit Online Guna CIMB Clicks
Cara Bank In Duit Online - Transfer Duit Online Guna CIMB Clicks
Post kali ini saya nak kongsi kepada anda semua cara bank in duit online atau cara transfer duit online menggunakan CIMB Clicks.
Disebabkan ramai orang yang bertanya macam mana nak bank in duit online ke akaun orang lain. Kali ini saya akan cerita sedikit bagaimana cara nak transfer duit online menggunakan CIMB Clicks.
Selain menggunakan CIMB Clicks anda juga boleh menggunakan bank online yang lain seperti Maybank2u untuk transfer duit online ke akaun bank orang lain.
Tetapi untuk tutorial kali ini saya akan tunjukkan cara transfer duit online ke akaun orang lain menggunakan CIMB clicks.
Cara Transfer Duit Online Ke Akaun Orang Lain Menggunakan CIMB Clicks.
Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah login ke akaun CIMB Clicks anda.
Pilih butang I want to dan Pilih Transfer Money seperti yang anda dapat lihat pada gambar diatas. Masukkan User ID anda dan klik login.
Pastikan SecureWord anda betul dan masukkan password anda untuk login ke akaun CIMB Clicks anda.
Seterusnya masukkan nombor akaun penerima yang anda ingin transfer duit. Pastikan anda memasukkan nombor digit akaun bank penerima yang mencukupi untuk mengelakkan kesilapan.
Anda boleh rujuk seperti pada gambar dibawah.
Melalui CIMB Clicks anda boleh transfer duit online ke akaun CIMB lain dan juga ke akaun bank lain seperti Maybank, BSN, RHB dan lain-lain lagi.
Terdapat dua cara transfer duit melalui CIMB Clicks iaitu Normal Transfer dan Instant Transfer. Pilih Instant Transfer untuk cara yang paling cepat.
Pada ruangan Payment Type pilih Funds transfer.
Seterusnya masukkan jumlah duit yang ingin anda transfer seperti yang dapat anda lihat pada gambar diatas. Isi butiran rujukan kepada penerima dan notify penerima melalui SMS atau email dan tekan butang next.
Jika nama penerima tertera dengan betul, langkah seterusnya adalah tekan butang Request TAC
6 Digit nombor TAC akan dihantar ke no telefon anda. Masukkan nombor TAC yang anda terima dan tekan butang Confirm untuk melengkapkan transaksi.
Tahniah anda sudah berjaya bank in duit online menggunakan CIMB Clicks. Sebelum terlupa, anda boleh tonton video dibawah untuk info yang lebih lanjut cara bank in duit online melalui CIMB Clicks.
cara bank in duit online, cara nak bank in duit ke akaun orang lain, cara nak bank in duit online, cara transfer duit online, macam mana nak bank in duit,
cara bank in duit online
cara nak bank in duit ke akaun orang lain
cara nak bank in duit online
cara transfer duit online
macam mana nak bank in duit
Catat Ulasan
1 Ulasan
30
BalasPadam