Payoneer VS Skrill| Withdraw Duit Dari ClixSense Mana Yang Lebih Bagus


Perbandingan antara Skrill dan Payoneer. Mana yang lebih bagus. Withdraw duit dari ClixSense.


Mana satu nak pilih nie Skrill atau Payoneer?


Tentu anda tertanya-tanya mana satu e-wallet atau payment processor yang terbaik untuk keluarkan duit USD dari ClixSense ke akaun bank  anda di Malaysia.



Terdapat lima (5) cara mengeluarkan duit USD anda dari ClixSense ke akaun bank, iaitu:

Tetapi, untuk member-member ClixSense dari Malaysia, terdapat dua option untuk mengeluarkan duit dari ClixSense ke akaun bank anda di Malaysia, iaitu melalui Skrill dan Payoneer. Pada hujung pertengahan tahun 2017, PayPal  masih boleh digunakan untuk mengeluarkan duit dari ClixSense ke akaun bank anda, tetapi dukacita sekarang PayPal tidak lagi diterima sebagai pembayaran atas sebab-sebab tertentu.


Pengeluaran Duit Dari ClixSense Ke Skrill

Daftar akaun Skrill disini. >Klik Sini. Pendaftaran adalah percuma.

Untuk Skrill setiap kali anda request payout dari ClixSense ke akaun Skrill anda, ClixSense akan mengenakan cas pengeluaran sebanyak 1% daripada jumlah duit yang ingin anda keluarkan. 



Minimum jumlah duit yang anda boleh keluarkan adalah sebanyak $10..


Contohnya anda ingin request payout duit dari ClixSense sebanyak $55 ke akaun Skrill anda, ClixSense akan mengenakan cas pengeluaran sebanyak 1%. Contoh pengiraan adalah seperti berikut


$55 x 1% = $0.55


So, jumlah duit sebenar yang akan anda terima ke akaun Skrill anda ialah sebanyak 


$54.45


Katakan, sekarang anda ingin memindahkan duit anda dari akaun Skrill ini ke akaun bank anda.


Untuk memindahkan duit dari Skrill ke akaun bank anda, Skrill akan mengenakan cas pengeluaran sebanyak 5.50 Euro atau dalam USD iaitu $6.24.


$54.45 - $6.24 = $48.21


Jadi jumlah duit yang anda akan terima ke akaun bank adalah sebanyak $48.21.


Untuk currency dari Dollar Amerika ke Ringgit Malaysia, Skrill akan mengenakan cas sebanyak 3.99% berdasarkan tukaran mata wang  semasa. Contohnya katakan currency semasa adalah 1USD = RM4.11


4.11x3.99%= 0.16




So, berdasarkan kepada pengiraan diatas, anda akan menerima duit Ringgit Malaysia ke bank akaun anda berdasarkan tukaran mata wang sebanyak (RM4.11 - 0.16 = RM3.95). 

Skrill 1 USD=RM 3.95


Anda akan menerima duit ke bank akaun anda sebanyak RM3.95 x 48.21= MYR190.43


Ok baiklah mari kita kira pula berapa cas pengeluaran duit yang akan dikenakan oleh Payoneer dengan jumlah pengeluaran yang sama dengan Skrill..



Pengeluaran Duit Dari ClixSense Ke Payoneer

Daftar akaun Payoneer di sini. >Klik sini. Pendaftaran adalah percuma.

Untuk Payoneer setiap kali anda anda request payout dari ClixSense ke akaun Payoneer anda, ClixSense akan mengenakan cas pengeluaran yang tetap (fixed fees) sebanyak $2 USD untuk setiap kali pengeluaran duit.


Minimum jumlah duit yang anda boleh keluarkan adalah sebanyak $50..



Contohnya anda ingin request payout duit ClixSense sebanyak $55 ke akaun Payoneer anda, ClixSense akan mengenakan cas pengeluaran duit sebanyak $2 USD . Contoh pengiraan seperti berikut


$55 -$2 = $53


So, jumlah duit sebenar yang akan anda terima ke akaun Payoneer anda ialah sebanyak $53


Katakan, sekarang anda ingin memindahkan duit anda dari akaun Payoneer ini ke bank anda.


Untuk memindahkan duit dari akaun Payoneer ke akaun bank anda, Payoneer tidak akan mengenakan sebarang cas pengeluaran ke akaun bank anda...


Jadi jumlah yang anda terima ke akaun bank adalah sebanyak $53


Untuk currency dari USD ke Ringgit Malaysia, Payoneer akan mengenakan cas sebanyak 2% berdasarkan tukaran mata wang semasa. Contohnya katakan currency semasa adalah 1USD = RM4.11


4.11x2%= 0.08


So, berdasarkan kepada pengiraan diatas, anda akan menerima duit Ringgit Malaysia ke bank akaun anda berdasarkan tukaran sebanyak (RM4.11 - 0.08 = RM4.03). 


Payoneer 1 USD=RM 4.03


Anda akan menerima ke bank akaun anda sebanyak RM4.03 x $53= MYR213.59


Kesimpulannya, payment processor manakah yang menjadi pilihan anda untuk mengeluarkan duit dari ClixSense ke bank? Skrill atau Payoneer?



Pastinya anda sudah temui jawapannya bukan?



Payoneer menawarkan cas pengeluaran yang rendah berbanding dengan Skrill. 

Tetapi minimum pengeluaran melalui Payoneer adalah sebanyak $50 USD manakala minimum pengeluaran untuk Skrill adalah sebanyak $10 USD.

Jika anda memilih Skrill sebagai pembayaran utama anda, anda boleh mengeluarkan duit anda ke bank serendah $10 tetapi dengan cas pengeluaran yang tinggi.


Sebaliknya jika anda memilih Payoneer sebagai platform pembayaran utama anda, anda kena tunggu sehingga anda telah mencapai sekurang-kurangnya minimum $50 USD di ClixSense sebelum anda boleh melakukan pengeluaran ke duit ke akaun bank anda.


cara buat duit online, cara buat duit dengan google adsense, cara buat duit di internet, bisnes online, extra income, jana income online, kerja di internet, cara bisnes online, cari duit dari internet, cara forex trading, business online tanpa modal

Catat Ulasan

0 Ulasan