Cara Withdraw Duit Dari PayPal Ke Akaun Bank Di Malaysia


Ramai yang bertanya "bagaimana cara withdraw duit dari akaun PayPal" ke mana-mana akaun bank tempatan di Malaysia seperti CIMB bank, RHB, Maybank, BSN dan bank-bank lain di Malaysia. Cara melakukan pengeluaran, withdraw atau cashout duit dari akaun PayPal anda memang mudah dan senang, tapi bagi sesetengah orang yang masih "newbie" tentang PayPal mungkin akan mengalami sedikit kesulitan kerana mereka mungkin masih tidak tahu cara bagaimana untuk melakukan withdraw duit ke akaun bank mereka.

Bagi mengatasi masalah ini dan menjawab persoalan ini, di bawah saya akan terangkan serba sedikit dan secara ringkas bagaimana melakukan pengeluaran duit dari akaun PayPal anda ke akaun bank tempatan anda di Malaysia. Semoga maklumat ini serba sedikit dapat membantu anda  untuk melakukan pengeluaran duit di Paypal ke akaun bank anda. Jika anda ada sebarang persoalan lain sila tinggalkan komen anda pada ruangan komen di bawah.


APA ITU PAYPAL?



Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai PayPal. Untuk pengetahuan kepada yang masih "newbie", PayPal adalah e-wallet yang digunakan oleh ramai orang di seluruh dunia untuk melakukan urusan seperti deposit atau withdraw duit ke akaun bank mereka secara dalam talian. Dengan PayPal anda boleh membeli belah secara dalam talian seperti di website Ebay, Amazon dan sebagainya yang menggunakan PayPal sebagai platform pembayaran, atau anda juga boleh menerima bayaran duit USD daripada website seperti ClixSense.com dan lain-lain. Dengan Paypal juga anda boleh transfer duit di dalam akaun anda ke akaun bank tempatan anda. PayPal menggunakan currency samaada dalam USD, GBP dan lain-lain, tetapi biasanya pengguna PayPal menggunakan currency USD kerana ia mudah diuruskan.


CARA WITHDRAW DUIT DARI PAYPAL KE MANA-MANA AKAUN BANK DI MALAYSIA



Jika anda belum mempunyai akaun PayPal anda disarankan untuk mendaftar  dahulu akaun PayPal anda agar anda mudah memahami langkah berikut. Pendaftaran adalah percuma dan tidak ada sebarang caj yang dikenakan kepada anda. Untuk mendaftar akaun PayPal layari website rasmi PayPal di www.paypal.com


Langkah 1: Login atau log masuk ke akaun PayPal anda.



Masukkan alamat email dan password anda untuk ke akaun Paypal anda. Jika anda belum memiliki akaun PayPal klik butang "Sign Up" untuk mendaftar akaun PayPal anda.
Anda akan lihat seperti dalam gambar diatas apabila anda sudah log in ke akaun PayPal anda. 




Langkah 2: Tekan butang "Withdraw" jika anda bercadang untuk memindahkan duit anda ke akaun bank anda.

Klik butang "Withdraw" dan seterusnya pergi ke- - - > "Withdraw to your bank account". Untuk pengetahuan anda PayPal akan mengenakan caj sebanyak RM 3 jika duit yang anda ingin keluarkan adalah dibawah RM 400 dan PayPal tidak akan mengenakan sebarang caj kepada anda jika anda mengeluarkan lebih daripada RM 400. Untuk maklumat anda juga, setiap urusan pemindahan duit dari akaun PayPal anda ke bank anda akan mengambil masa sekitar 2  hari hingga 3 hari.

Untuk memastikan anda dapat menerima duit daripada akaun PayPal ke akaun bank anda di Malaysia, pastikan anda memasukkan nama akaun bank anda dan no akaun bank anda yang betul. Masukkan juga "MEPS bank routing code" bank anda dengan merujuk kepada jadual yang telah disediakan. Tekan "details" untuk mengetahui MEPS bank routing code bank yang anda gunakan. Contoh seperti pada gambar diatas.

Setelah itu, klik "Save" untuk langkah yang seterusnya.

Langkah 3: Seterusnya anda kini boleh withdraw duit dari PayPal ke akaun bank anda, masukkan amount atau jumlah duit yang ingin anda keluarkan, setelah itu klik "Continue" untuk pengesahan. Untuk pengetahuan anda, minumum jumlah yang boleh dikeluarkan dari akaun PayPal anda ialah sebanyak $10.00 USD atau RM40.00 dalam mata wang Ringgit Malaysia. Urusan pemindahan duit dari PayPal ke akaun bank anda akan mengambil masa sekitar 2 hari hingga 3 hari.

Masukkan jumlah  dalam USD atau MYR (Ringgit Malaysia) yang ingin anda withdraw ke no akaun bank anda. Sebagai contoh saya akan memasukkan jumlah sebanyak $51.47 USD, dan secara automatik nilai USD ini akan ditukarkan ke dalam nilai Ringgit Malaysia (MYR)  dengan kadar tukaran semasa atau "Exchange Rate" PayPal 1 U.S. Dollar = 4.25981 Malaysian Ringgit, ini bermaksud saya akan menerima sebanyak ($51.47 USD x 4.25981 = RM 219.25 MYR). Tetapi PayPal akan mengenakan caj RM 3 untuk proses pemindahan ke bank kerana jumlah pengeluaran dibawah RM 400, dan jumlah sebenar yang akan saya terima ke akaun bank adalah sebanyak RM 216.25.
Setelah itu, klik butang "Submit" untuk ke langkah yang terakhir.

Pada langkah terakhir, anda akan dapat lihat seperti pada gambar diatas. Untuk pengetahuan anda, proses pemindahan duit dari akaun PayPal ke dalam akaun bank  anda akan mengambil masa sekitar 2 hari hingga 3 hari. Pastikan anda login ke akaun PayPal anda untuk menyemak "payment status" transaksi pengeluaran anda. Jika status anda "Pending" ini bermaksud proses pemindahan sedang diproses/diurus. 
Anda boleh semak status transaksi pengeluaran pada akaun Paypal anda.
Jika akan melihat status transaksi "Completed" seperti pada gambar diatas ini bermaksud duit anda telah berjaya dipindahkan ke akaun bank anda.


Tahniah! Anda kini boleh mengeluarkan duit tersebut untuk anda gunakan. Login ke e-wallet bank online anda seperti CIMB clicks, Maybank2u dan lain-lain untuk semak baki akaun anda atau jika anda tidak mempunyai e-wallet bank online anda juga boleh cek baki akaun anda menggunakan kad ATM atau buku simpanan bank anda.




Nak Tahu Cara Mudah & Senang Dapat Duit PayPal PERCUMA? >>> Klik Disini 

============================================================================================================
cara keluarkan duit paypal, cara withdraw duit dari paypal, cara keluar duit dari paypal, 

Related Posts:

1 Response to "Cara Withdraw Duit Dari PayPal Ke Akaun Bank Di Malaysia"

  1. Terima kasih tuan untuk maklumat ni. Rupanya senang saja nak pindah duit ke bank. Dan caj juga rendah.

    ReplyDelete

Follow blog via e-mail

Anda Pengunjung Yang Ke