Cara Withdraw Duit Dari ClixSense Ke Akaun Bank Di Malaysia Melalui Neteller

Cara Withdraw Duit Dari ClixSense Ke Akaun Bank Anda Melalui Akaun Neteller



Ramai yang bertanya, bagaimana cara nak withdraw duit dari ClixSense ke akaun bank di Malaysia. Sebenarnya persoalan ini boleh ditemui di FAQ ClixSense. Ada terdapat 4 (empat) cara nak withdraw duit di ClixSense ke akaun bank anda, ini boleh dilakukan samaada melalui PayPal, Neteller, PayToo, atau Payza.


Di bawah, saya akan terangkan bagaimana cara melakukan withdraw atau cashout duit dari ClixSense ke akaun bank anda melalui e-wallet Neteller. Atau anda juga boleh klik disini untuk mengetahui cara withdraw duit ClixSense ke akaun bank anda melalui akaun PayPal anda.


APA ITU NETELLER?



Neteller adalah e-wallet oleh Syarikat Optimal Payment. Ia adalah selamat digunakan kerana syarikat ini berdaftar di bawah FCA UK iaitu salah satu badan kawal selia kewangan yang berpusat di United Kindgom di bawah Electronic Money Regulations 2011 (900015).

Neteller adalah alternatif terbaik kepada e-wallet yang lain seperti PayPal. Sama seperti mana-mana e-wallet yang lain, Neteller ibarat seperti "CIMB Clicks" ia adalah tempat untuk menyimpan, menerima atau memindahkan "duit digital" atau "duit online" anda ke mana-mana bank di Malaysia. Lazimnya Neteller digunakan untuk melakukan urusan seperti deposit atau withdraw duit khususnya dari website yang menggunakan Neteller sebagai platform untuk urusan-urusan seperti ini. Jika anda familiar atau pernah mendengar tentang forex, biasanya ramai pengguna forex atau forex broker menggunakan Neteller sebagai plaftorm untuk "Top Up" account Forex mereka dan mereka juga boleh menggunakan mana-mana e-wallet yang lain seperti PayPal dan lain-lain.

ClixSense merupakan salah satu website PTC atau website paid to click yang menggunakan Neteller sebagai platform untuk urusan pembayaran kepada ahlinya-ahlinya. Di ClixSense anda boleh request payment ke akaun Neteller anda. Melalui akaun Neteller anda, anda boleh transfer duit di akaun anda ke mana-mana akaun bank anda di Malaysia seperti CIMB bank, RHB bank, dan bank-bank lain di Malaysia. Matawang Neteller biasanya boleh didapati dalam pelbagai currency seperti dalam USD, GBP, EUR, atau currency yang lain, ia terpulang kepada anda untuk memilih currency yang anda suka, tetapi biasanya ramai pengguna Neteller memilih currency matawang USD kerana ia senang diuruskan.


KEUNIKAN DAN KELEBIHAN NETELLER


Neteller menawarkan "Plastic Card Master Card", yang mana anda boleh request Debit Card dan mereka akan hantar ke alamat rumah anda dalam tempoh lebih kurang 2 hingga 3 minggu. Master Card tersebut anda boleh gunakan untuk withdraw duit di mesin ATM di Malaysia jika hanya anda mempunyai duit di dalam akaun Neteller anda. Anda sebenarnya juga boleh melakukan "Shopping Online" menggunakan master card tersebut.

Selain itu, melalui Neteller anda juga boleh request "Virtual Master Card" secara PERCUMA. Ia berfungsi sama seperti Plastic Master Card anda tetapi anda tidak boleh menggunakannya di mesin ATM, anda hanya boleh menggunakan secara dalam talian seperti membeli belah dalam talian yang menerima credit card/ debit card/ master card untuk urusan tersebut.




PANDUAN CARA DAFTAR AKAUN NETELLER


Untuk mendaftar akaun Neteller anda, layari laman utama Neteller di www.neteller.com seperti dalam gambar diatas. Klik butang "Join for free" untuk mendaftar akaun anda.
Masukkan butiran-butiran yang diminta seperti alamat email anda, password, currency, dan lain-lain

Setelah anda sudah mengisi dan melengkapkan borang pendaftaran klik butang "Join Now" untuk pengesahan pendaftaran.

Satu link pengesahan pendaftaran akan dihantar ke alamat email anda. Buka email anda dan klik pada pautan atau link yang dihantar oleh Neteller untuk "melengkapkan" status pendaftaran anda. Setelah itu, anda boleh login masuk ke akaun Neteller anda dengan menggunakan alamat email dan password anda.

Masukkan "account id" atau alamat email dan password anda untuk login masuk ke akaun Neteller anda.
Setelah anda login ke akaun anda, langkah seterusnya adalah anda perlu "Verified" akaun anda. Tujuan "Verified" adalah untuk memastikan bahawa akaun itu adalah milik anda dan bukan orang lain punya. Ini juga bertujuan supaya anda boleh membuat pengeluaran duit dari akaun Neteller anda terus ke akaun bank anda di Malaysia. Langkah ini adalah sangat penting, kerana jika anda tidak "verified"kan akaun anda maka ini akan menyebabkan kesulitan kepada anda untuk memindahkan duit ke akaun bank anda.

Apa yang PERLU anda tahu ialah, butang "Verified" hanya akan muncul jika akaun Neteller anda mempunyai sejumlah duit di dalamnya. Oleh itu, untuk "memunculkan" butang "Verified" ini anda hanya perlu memasukkan sejumlah duit ke dalam akaun Neteller anda. Anda boleh memasukkan sekitar 1.00 USD atau terpulang pada anda untuk memasukkan apa-apa nilai ke dalam akaun Neteller anda.

Anda boleh membuat deposit ke akaun Neteller anda samaada melalui Master Card dan Visa. Jika anda tidak memiliki kad debit, anda juga boleh deposit melalui akaun bank anda. Cara yang paling senang tanpa sebarang modal untuk "Verified"kan akaun anda adalah dengan menerima pembayaran daripada ClixSense atau anda juga boleh membeli "TopUp Neteller" pada mana-mana exchanger yang menawarkan Neteller Top Up. 

CARA UPLOAD DOCUMENT UNTUK VERIFIED AKAUN NETELLER


1. Sign in atau log masuk ke akaun NETELLER anda dan pilih  pautan "verify your identidy" pada page account summary. Jika option ini tidak ditemui pada akaun anda, anda PERLU membuat deposit sejumlah duit ke dalam akaun anda untuk "memunculkan" butang "Verified".

2.  Setelah itu, klik pada butang "Start verification".

Klik "Start verification"

3. Masukkan "Malaysia" pada "Choose issuing country" dan pilih jenis ID atau dokumen yang ingin anda upload contohnya seperti passport, IC atau lesen memandu anda
Pilih mana-mana ID yang ingin anda UPLOAD (Passport, IC atau lesen memandu).

Anda boleh menggunakan webcam untuk Scan IC anda. Atau  anda juga boleh menggunakan camera pada telefon anda.

 Status akaun anda akan dapat dilihat seperti dalam gambar diatas apabila akaun anda telah di "Verified".
Setelah akaun Neteller anda sudah di "Verified", anda kini boleh memindahkan duit ke bank akaun anda.


CARA WITHDRAW DUIT DARI CLIXSENSE KE AKAUN BANK DI MALAYSIA MELALUI NETELLER



1. Login ke akaun ClixSense anda, tekan butang "Cashout" untuk withdraw duit dari akaun ClixSense anda. Tapi sebelum itu anda perlu setkan dan pilih payment method "Neteller" pada account profile anda. 



Setelah anda sudah menerima pembayaran daripada ClixSense ke akaun Neteller anda, anda sudah boleh "memindahkan" duit dari akaun Neteller anda ke akaun bank anda, klik pada "Money Out" dan pilih "Withdraw to my bank account" seperti yang dapat dilihat pada gambar diatas.

Related Posts:

0 Response to "Cara Withdraw Duit Dari ClixSense Ke Akaun Bank Di Malaysia Melalui Neteller"

Post a Comment

Follow blog via e-mail

Anda Pengunjung Yang Ke