Cara Tukar Nombor Telefon CIMB Clicks





Bagaimana Cara Untuk Menukar Nombor Telefon CIMB Clicks?

Entry kali ini saya nak kongsi kepada anda cara mudah untuk menukar nombor telefon untuk akaun CIMB Clicks anda.

Anda mungkin kehilangan telefon bimbit anda, atau anda tidak lagi menggunakan nombor telefon yang anda daftarkan dulu pada akaun CIMB Clicks anda. 

So, anda nak kemas kini dan tukar nombor telefon CIMB Clicks supaya dapat menerima TAC dari CIMB untuk urusan CIMB banking secara online?

Tapi, sebelum itu, anda mungkin tertanya-tanya? bolehkah tukar nombor telefon CIMB secara online sahaja melalui website CIMB Clicks?

Jawapannya: TIDAK!

Untuk tujuan keselamatan akaun CIMB Bank anda, anda hanya boleh tukar nombor telefon CIMB Clicks melalui 2 cara sahaja iaitu melalui mesin ATM CIMB Bank dan menghubungi talian perkhidmatan pelanggan CIMB bank.

So, berikut adalah langkah-langkah bagaimana cara untuk menukar nombor telefon CIMB Clicks anda melalui mesin ATM CIMB.

Langkah pertama, kunjungi mesin ATM CIMB yang terdekat dengan anda atau mana-mana mesin ATM CIMB di seluruh negara.


Seterusnya, masukkan kad ATM anda dan masukkan juga ATM PIN anda.
Pada menu UTAMA yang dipaparkan pada skrin ATM CIMB, klik dan pilih butang LAIN-LAIN (OTHERS) dan seterusnya pilih CIMB Clicks.

So, pada langkah ini anda akan disuruh untuk memasukkan nombor telefon baru anda.

Next, selesai memasukkan nombor telefon yang baru, langkah terakhir, tekan butang TERUSKAN (PROCEED) dan anda sudah berjaya menukar nombor telefon CIMB Clicks anda. Kini anda sudah boleh menerima no TAC dari CIMB ke no telefon baru anda!

So, selain itu terdapat satu lagi cara bagaimana menukar nombor telefon CIMB Clicks anda. 

Anda juga boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan CIMB Bank di +603 6204 7788 untuk menukar nombor telefon  CIMB Clicks anda.


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Tq...info yang sangat berguna..

    BalasPadam
  2. Kalau kad hilang,buat secara xpakai kad blh x

    BalasPadam
  3. Boleh dapat kah juga semula kata laluan cimb click mgunakan no baru.. sa login xda dpt . Bila buat pwsd baru dia mnta tac tp no lama hilang.

    BalasPadam
  4. Boleh dapat kah juga semula kata laluan cimb click mgunakan no baru.. sa login xda dpt . Bila buat pwsd baru dia mnta tac tp no lama hilang.

    BalasPadam
  5. saya sudah num dekat atm tapi knpa buat trfers still tak terima TAC jkena tunggu 24 jam kah?

    BalasPadam