cara buat duit dengan google
Cara Buat Duit Dari Google Malaysia
Cara Buat Duit Dengan Google
Jika anda diberi pilihan antara Google dan Forex, yang manakah pilihan anda untuk buat duit?
Bagi saya, saya lebih suka buat duit melalui Google. Kerja melalui Google merupakan salah satu pekerjaan online yang mudah dan boleh dipercayai.
Saya telah menjana duit online dari Google sejak 1 tahun yang lalu. Anda mungkin tidak akan percaya tetapi saya telah membuat ratusan ringgit dari Google.
Tiap bulan saya terima gaji daripada Google. Ini screenshots bukti pembayaran terkini daripada Google yang saya terima ke akaun CIMB Bank saya...
RM1,353.99 duit bonus dari Google masuk akaun CIMB Bank saya... seronoknya bila tiap bulan Google bayar gaji bulanan |
So ini merupakan gambar screenshots bukti pendapatan harian google adsense saya yang saya ambil dari akaun google adsense saya.
Pendapatan pasif dari Google, sehari boleh jana $ 10.00 USD (RM 40.00)! |
So, jika anda serius mengetahui bagaimana untuk mendapatkan duit dollar dari Google, saya ada beberapa tips dan cara mudah yang dapat membantu anda berdasarkan pengalaman saya buat duit dari Google Malaysia.
Dalam artikel ini saya akan memberitahu anda 2 cara terbaik untuk mendapatkan duit online dari Google.
2 Cara Mendapatkan Duit dari Google Malaysia.
Berikut adalah 2 cara terbaik mendapatkan duit dari Google. Pastinya ini merupakan cara mudah yang dapat membantu anda menjana pendapatan tambahan melalui Google.
1. Google AdSense
Adsense adalah rahsia utama mendapatkan duit dari Google.
Saya mula menggunakan Google AdSense pada tahun 2018 dan telah berjaya membuat ratusan duit dollar USD melalui Google AdSense. Ini screenshot yang saya ambil pada akaun Google Adsense saya.
Berjuta-juta orang dari seluruh dunia mendapat pendapatan online mereka dengan menggunakan AdSense.
Anda juga boleh mendapatkan ratusan dollar sebulan hanya bekerja online menggunakan Google Adsense.
So, begini cara-cara yang tepat untuk mendapatkan duit dari Google AdSense-
1. Buat blog. (Ia sangat mudah untuk membuat blog dan tidak memerlukan masa 30 minit untuk membuat blog yang sangat baik.) Anda boleh gunakan blogger.com atau wordpress.com
2. Terbitkan artikle di blog anda dengan kerap (Apa-apa sahaja topik yang anda tahu seperti hiburan, masakan, politik, hobi, pengalaman anda, sesuatu yang teknikal dan lain-lain).
3. Daftar Google AdSense.
4. Setelah akaun AdSense anda diluluskan, anda sudah boleh letakkan code iklan Google AdSense di blog anda.
5. Anda akan dapat duit dari Google hasil setiap klik daripada pengunjung yang klik iklan AdSense anda di blog anda.
Apabila saya mula menggunakan Adsense pada tahun 2018, saya hanya menjana $30 USD hingga $50 USD sebulan selama hampir 1 tahun tetapi hari ini saya memperoleh lebih daripada $100 dari AdSense.
Cara kedua untuk dapatkan duit dari Google adalah melalui Youtube.
2. YouTube
Anda juga boleh mendapatkan duit dari Google melalui channel Youtube anda.
Beribu-ribu orang membuka channel YouTube baru setiap hari dan menunjukkan bermacam-macam benda di YouTube melalui video yang mereka upload.
Apabila video atau channel youtube mereka menjadi popular atau trending, mereka akan mula mendapat beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit melalui iklan daripada Google yang ditayangkan pada video mereka.
Membuat channel youtube anda semudah mencipta akaun e-mel.
Berikut adalah langkah-langkah yang tepat untuk mendapatkan duit online dari channel Youtube anda.
Cara Buat Duit Google Melalui Channel YouTube
1. Buat video melalui telefon bimbit anda (apa-apa yang menarik, lucu dan sebagainya.)
2. Muat naik video anda di YouTube.
3. Tunggu sehingga anda mendapat bilangan subscriber minimum 1000 orang dan 4000 jam tontonan.
4. Daftar untuk program rakan kongsi YouTube.
5. Selepas anda dapat kelulusan, anda sudah boleh dapatkan pendapatan duit Google dari YouTube.
So, begitu sahaja cara mendapatkan duit dari Google, tiada cara lain melainkan 2 cara mudah ini. Terpulang pada anda nak pilih cara yang mana satu.
TAGS: cara buat duit dengan google, cara buat duit dengan google malaysia, cara membuat duit dengan google, cara buat duit dari google, cara buat duit duit dengan google malaysia, cara untuk dapat duit dari google, cara buat duit dengan youtube 2019
Catat Ulasan
5 Ulasan
ajar saya please..nk no wasap🙏
BalasPadamGood idea
BalasPadamNice sharing.. tq
BalasPadamnak sambungkan google adsense dgn blog kena pakai laptop kan ?
BalasPadamyametehh
BalasPadam