Cara Daftar myASNB Dalam 6 Langkah Mudah.

Cara Daftar myASNB Dalam 6 Langkah Mudah

PENTING! Sebelum anda daftar akaun myASNB secara online, anda perlu kemas kini maklumat peribadi (nombor telefon) anda di cawangan utama atau ejen ASNB yang terdekat dengan anda seperti CIMB bank atau MayBank.

Setelah anda selesai kemas kini (nombor telefon anda), ikuti langkah-langkah mudah dibawah untuk daftar myASNB secara online.

➦LANGKAH 1: 
Login ke www.myasnb.com.my


➦LANGKAH 2:


Klik "Daftar disini"
➦LANGKAH 3: 


Klik "Teruskan"


Tanda (/) pada kotak yang disediakan dan klik "Setuju"

➦LANGKAH 4:
Isi maklumat pemegang unit. Klik Seterusnya.

➦LANGKAH 5:

Pengesahan nombor telefon bimbit. Sekiranya 4 nombor terakhir yang dipaparkan adalah sama dengan nombor telefon yang sedang anda gunakan, klik permintaan TAC. Masukkan nombor TAC yang anda terima.

(Penting!: Jika tiada nombor telefon tertera atau nombor yang tertera berbeza daripada nombor telefon yang sedang anda gunakan, anda perlu mengemaskini nombor telefon terlebih dahulu di cawangan atau ejen ASNB).


➦LANGKAH 6:

Pendaftaran Nombor Akaun. Masukkan semua maklumat yang dikehendaki. Klik "Tamat"




Anda akan menerima "Kata laluan sementara" akan digunakan apabila anda log masuk myASNB untuk kali pertama.



Catat Ulasan

0 Ulasan