Cara Withdraw Duit Dari PayPal Ke Akaun Bank Di Malaysia




Ramai yang bertanya "bagaimana cara withdraw duit dari akaun PayPal" ke mana-mana akaun bank tempatan di Malaysia seperti CIMB bank, RHB, Maybank, BSN dan bank-bank lain di Malaysia. Cara melakukan pengeluaran, withdraw atau cashout duit dari akaun PayPal anda memang mudah dan senang, tapi bagi sesetengah orang yang masih "newbie" tentang PayPal mungkin akan mengalami sedikit kesulitan kerana mereka mungkin masih tidak tahu cara bagaimana untuk melakukan withdraw duit ke akaun bank mereka.

Bagi mengatasi masalah ini dan menjawab persoalan ini, di bawah saya akan terangkan serba sedikit dan secara ringkas bagaimana melakukan pengeluaran duit dari akaun PayPal anda ke akaun bank tempatan anda di Malaysia. Semoga maklumat ini serba sedikit dapat membantu anda  untuk melakukan pengeluaran duit di Paypal ke akaun bank anda. Jika anda ada sebarang persoalan lain sila tinggalkan komen anda pada ruangan komen di bawah.


APA ITU PAYPAL?






Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai PayPal. Untuk pengetahuan kepada yang masih "newbie", PayPal adalah e-wallet yang digunakan oleh ramai orang di seluruh dunia untuk melakukan urusan seperti deposit atau withdraw duit ke akaun bank mereka secara dalam talian. Dengan PayPal anda boleh membeli belah secara dalam talian seperti di website Ebay, Amazon dan sebagainya yang menggunakan PayPal sebagai platform pembayaran, atau anda juga boleh menerima bayaran duit USD daripada website seperti MOBROG (Malaysia) dan lain-lain. Dengan Paypal juga anda boleh transfer duit di dalam akaun anda ke akaun bank tempatan anda. PayPal menggunakan currency samaada dalam USD, GBP dan lain-lain, tetapi biasanya pengguna PayPal menggunakan currency USD kerana ia mudah diuruskan.


CARA WITHDRAW DUIT DARI PAYPAL KE MANA-MANA AKAUN BANK DI MALAYSIA




Jika anda belum mempunyai akaun PayPal anda disarankan untuk mendaftar  dahulu akaun PayPal anda agar anda mudah memahami langkah berikut. Pendaftaran adalah percuma dan tidak ada sebarang caj yang dikenakan kepada anda. Untuk mendaftar akaun PayPal layari website rasmi PayPal di www.paypal.com


Langkah 1: Login atau log masuk ke akaun PayPal anda.


Masukkan alamat email dan password anda untuk ke akaun Paypal anda. Jika anda belum memiliki akaun PayPal klik butang "Sign Up" untuk mendaftar akaun PayPal anda.
Anda akan lihat seperti dalam gambar diatas apabila anda sudah log in ke akaun PayPal anda. 




Langkah 2: Tekan butang "Withdraw" jika anda bercadang untuk memindahkan duit anda ke akaun bank anda.
Klik butang "Withdraw" dan seterusnya pergi ke- - - > "Withdraw to your bank account". Untuk pengetahuan anda PayPal akan mengenakan caj sebanyak RM 3 jika duit yang anda ingin keluarkan adalah dibawah RM 400 dan PayPal tidak akan mengenakan sebarang caj kepada anda jika anda mengeluarkan lebih daripada RM 400. Untuk maklumat anda juga, setiap urusan pemindahan duit dari akaun PayPal anda ke bank anda akan mengambil masa sekitar 2  hari hingga 3 hari.

Untuk memastikan anda dapat menerima duit daripada akaun PayPal ke akaun bank anda di Malaysia, pastikan anda memasukkan nama akaun bank anda dan no akaun bank anda yang betul. Masukkan juga "MEPS bank routing code" bank anda dengan merujuk kepada jadual yang telah disediakan. Tekan "details" untuk mengetahui MEPS bank routing code bank yang anda gunakan. Contoh seperti pada gambar diatas.

Setelah itu, klik "Save" untuk langkah yang seterusnya.

Langkah 3: Seterusnya anda kini boleh withdraw duit dari PayPal ke akaun bank anda, masukkan amount atau jumlah duit yang ingin anda keluarkan, setelah itu klik "Continue" untuk pengesahan. Untuk pengetahuan anda, minumum jumlah yang boleh dikeluarkan dari akaun PayPal anda ialah sebanyak $10.00 USD atau RM40.00 dalam mata wang Ringgit Malaysia. Urusan pemindahan duit dari PayPal ke akaun bank anda akan mengambil masa sekitar 2 hari hingga 3 hari.
Masukkan jumlah  dalam USD atau MYR (Ringgit Malaysia) yang ingin anda withdraw ke no akaun bank anda. Sebagai contoh saya akan memasukkan jumlah sebanyak $51.47 USD, dan secara automatik nilai USD ini akan ditukarkan ke dalam nilai Ringgit Malaysia (MYR)  dengan kadar tukaran semasa atau "Exchange Rate" PayPal 1 U.S. Dollar = 4.25981 Malaysian Ringgit, ini bermaksud saya akan menerima sebanyak ($51.47 USD x 4.25981 = RM 219.25 MYR). Tetapi PayPal akan mengenakan caj RM 3 untuk proses pemindahan ke bank kerana jumlah pengeluaran dibawah RM 400, dan jumlah sebenar yang akan saya terima ke akaun bank adalah sebanyak RM 216.25.
Setelah itu, klik butang "Submit" untuk ke langkah yang terakhir.

Pada langkah terakhir, anda akan dapat lihat seperti pada gambar diatas. Untuk pengetahuan anda, proses pemindahan duit dari akaun PayPal ke dalam akaun bank  anda akan mengambil masa sekitar 2 hari hingga 3 hari. Pastikan anda login ke akaun PayPal anda untuk menyemak "payment status" transaksi pengeluaran anda. Jika status anda "Pending" ini bermaksud proses pemindahan sedang diproses/diurus. 
Anda boleh semak status transaksi pengeluaran pada akaun Paypal anda.
Jika akan melihat status transaksi "Completed" seperti pada gambar diatas ini bermaksud duit anda telah berjaya dipindahkan ke akaun bank anda.


Tahniah! Anda kini boleh mengeluarkan duit tersebut untuk anda gunakan. Login ke e-wallet bank online anda seperti CIMB clicks, Maybank2u dan lain-lain untuk semak baki akaun anda atau jika anda tidak mempunyai e-wallet bank online anda juga boleh cek baki akaun anda menggunakan kad ATM atau buku simpanan bank anda.



Nak Tahu Cara Mudah & Senang Dapat Duit PayPal PERCUMA? >>> Klik Disini 



cara keluarkan duit paypal, cara withdraw duit dari paypal, cara keluar duit dari paypal, cara keluarkan duit paypal, cara keluarkan duit dari paypal, cara keluar duit dari paypal, cara mengeluarkan duit dari paypal, cara keluarkan duit dari akaun paypal, cara nak keluarkan duit dari paypal, cara nak keluarkan duit dari akun paypal, cara withdraw paypal ke bank malaysia, cara withdraw paypal, cara withdraw paypal ke bca, cara withdraw paypal 2018, cara withdraw paypal ke bni, cara withdraw paypal ke bank lokal, cara withdraw paypal ke bri, cara withdraw paypal ke bank mandiri, cara withdraw paypal ke bank bca, cara withdraw paypal ke mandiri, cara nak claim duit paypal malaysia, cara nak claim duit paypal malaysia

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Terima kasih tuan untuk maklumat ni. Rupanya senang saja nak pindah duit ke bank. Dan caj juga rendah.

    BalasPadam
  2. Terima kasih tuan,adakah had maksimum utk pindahan wang hanya rm400?sbb sy cuba lebih dr rm400 tp tak boleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk pengeluaran wang lebih daripada RM 400 account PayPal anda mestilah telah di"Verified"

      Padam
    2. Macam mana nak tahu akaun paypal dh "verified" belum?

      Padam
    3. Cara nak verified akaun paypal anda klik sini

      Padam
  3. Terima kasih di atas info yang sangat berguna ini.. Semoga tuan dimurahkn rezeki ��

    BalasPadam
  4. saya nak tanya, boleh ke kalau kita linkkan akaun simpanan kita dengan paypal? ataupun kita kena buka akaun multi currency untuk menerima mata wang usd? sy harap tuan dapat membantu sy dgn pertanyaan sy ni, tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya kita boleh linkkan mana-mana akaun bank dengan Paypal, linkkan akaun bank anda dengan Paypal dan terima USD directly to akaun bank melalui PayPal

      Padam
  5. Salam kalo nak tukar wang usd dlm bank bsn ke wang ringgit macam mana

    BalasPadam
  6. assalamualaikum.. biasanya berapa la pending payment.? dan berapa lama pula duiy akan masok akaun jika kita link terus dgn akaun bank.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya untuk withdraw duit paypal ke akaun bank mengambil masa sehingga 5hari waktu bekerja, tetapi melalui pengalaman saya, tak sampai pun 5 hari, 1-2 hari duit dah masok dalam akaun bank ;-)

      Padam
  7. Paypal ini . Boleh ke saya menerima duit usd??saya masih kurang memahami . Minta penjelasan . .dan tukarkan terus dengan nilai wang ringgit

    BalasPadam
  8. saya nak tanya sikit tntang paypal ni. saya ade bercadang nk buat pembeliaan dari luar negara yang bernilai $107.97 USD saya sebagai pembeli dari malaysia nak bayar melalui paypal adakah ia akan dikenakan caj atau free?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pembayaran yang dikenakan adalah berdasarkan harga barangan yang anda beli dan biasanya terdapat penjual yang mengenakan cas tambahan seperti cas penghantaran dan harga barangan yang anda beli mungkin ada sedikit extra bayaran

      Padam
  9. Kalau status transaksi dh complete tapi duit blm masuk mcm mana ya

    BalasPadam
  10. Saya ada akaun paypal..tapi dlm akaun saya xde setting withdraw. Mcmna nak withdraw?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Login ke akaun PayPal anda, klik transfer funds untuk withdraw atau anda boleh Klik Sini untuk cara keluarkan duit PayPal versi 2019

      Padam
  11. Sekarang paypal Malaysia dah tutup, ada amaun Sye di paypal tak dapat transfer ke bank local, bagaimana jalan penyelesaian nya ni

    BalasPadam
  12. Adakah ada limit nak transfer ke akaun bank says secara keseluruhan??

    BalasPadam
  13. selain daripada caj rm3.oo dari paypal, ada tak caj dri bank pula?

    BalasPadam